Novelet tarbiah : CHC

Assalamualaikum =)
Sapa sudah ada buku ni? class la korang Haha. sapa xnak baca buku kombinasi karya Dr Farhan Hadi dan Ustazah Fatimah Syarhah, "Cinta High Class". cari dah tapi masih xjumpa lagi di kedai buku area sabah ni huh. tapi dah baca sinopsis dya memang terbaikk lah. rugi xbaca, cepat-cepatlah dapatkan sapa yang xada lg hehe.



Artikel Hasrizal : Masih Ada Betul Yang Betul Dan Salah Yang Salah


“Kita kenalah berlapang dada. Tidak semua orang fikir macam kita. Janganlah rigid sangat!” kata seorang lelaki.
“Apabila dia cakap macam itu, tidak semestinya dia bermaksud tidak baik. Mungkin cara dia salah. Tapi niat dia baik!” ulas seorang perempuan.
“Tuhan ciptakan manusia berbeza-beza. Takkanlah semua kena sama. Relaks la bro!” tegas seorang yang lain pula.
Kata-kata seperti ini sering kita dengar. Malah sering juga diajukan kepada kita sendiri. Semasa kita nampak sesuatu itu jelas kesalahannya dan memerlukan pembetulan, tiba-tiba pembetulan kita dibidas semula, bukan dengan pembetulan berbentuk hujah berbalas hujah, tetapi mengguna pakai hujah universal iaitu, manusia diciptakan Tuhan berbeza-beza.
Semakin lama, semakin melarat.
Semua benda tidak muktamad.
Semua benda ada sisi lain.
Mungkin ada kebenarannya. Tetapi kesan besarnya ialah seperti langsung tiada apa yang muktamad dalam kehidupan ini. Hingga tidak tahu apa yang hendak dipegang sebagai ‘pegangan’ dalam hidup ini. Hidup tanpa panduan, semuanya betul belaka.
Relatif.
Subjektif.
Hujahnya seperti ada. Mungkin sahaja pantas disandarkan kepada ayat utama pada membicarakan perbezaan, keunikan dan keistimewaan manusia:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” [Al-Hujuraat 49: 13]
Tetapi kita perlu ingat.
Memang benar Allah menciptakan manusia itu berbeza-beza. Tujuannya juga sangat jelas, bukan untuk berbalah lagi bermasalah. Tetapi untuk kenal mengenal, mengambil tahu antara satu sama lain.
Tetapi sebelum Allah menjelaskan bahawa manusia itu diciptakan-Nya berbeza-beza, Allah terlebih dahulu mendatangkan 12 ayat di dalam surah yang sama, berbicara tentang apa yang betul dan apa yang salah dalam berkelakuan kita. Bahawa perbezaan bukan alasan untuk kita bebas berkelakuan apa sahaja atas nama perbezaan.
Ada yang betul.
Ada yang salah.
Yang betul itu betul.
Yang salah itu salah.
Semua itu digariskan dengan jelas. Kemudian barulah datang kenyataan berbentuk kesimpulan, bahawa manusia itu memang pelbagai. Lalu cara mengenal lelaki dan mengenal perempuan, mengenal satu kaum, dan satu kaum yang lain, berbeza-beza.
Demikian satu penegasan penting Surah al-Hujuraat.
Surah al-Akhlaq.
HASRIZAL
KUCHING

comel-comel

“Berbuat ihsan pada setiap roh yang masih hidup terdapat ganjarannya” 
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
duduk cenggini..
muka comel la tuh !

relax je !

haya!

bulu gebu ni..

gadoh manja.

muka comel. hati jahat


marah dah..

tengoklah bila mara pun comel. hehe

angry kitty

merajuk pulak?

ok x marah dah..
jgn merajuk dear.


muka jahat.

senyum paksa.

like mother like daughter


santai lah sangat


dear putih






Muslimah itu

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

looks pretty

Assalam! tgh cari-cari shawl. online dengan kat kedai/butik.
susa sikit jg sebab saya sangat memilih. even dressing pun. loose dgn not thin. 

must be:
long shawl. saya prefer pakai shawl.hehe
tak jarang/nipis. kalau dah function bertudung tu untuk menutup aurat. so tutupla elok2. jgn nampakkan kat dalam kan..
selesa. sesuai, kemas, simple!
colour. hehe


nak senang sikit buka kat facebook The Hijab Story


From Bandung with Love (XL shawl)

Pixie Plain Cotton Shawl (XL shawl)

Aztec Paisley Pashmina (size standard shawl)

cantik pun kena beringat jgk. In islam ada guide mana elok dengan yang x elok kan.
Jangan, ketat (menampakkan bentuk badan), nipis/jarang.
loose and tidak jarang tu lagi cantik kan. ^^

l o v e  i t

Sometimes


Bila sujud kepadaNya kerana menginginkan sesuatu (hajat), rasa seperti tidak bersungguh-sungguh. Keras sangat kah sudah hati kerana tidak dapat mengeluarkan walau setitis air mata?

tetapi,
selepas sujud kerana memohon taubat dariNya. Berdoa meminta ampunan dan menyesali dosa, barulah air mata jatuh basahkan hati yang kotor.

MasyaAllah. sangat menenangkan.

"Pengorbanan"


Salam Aidiladha semua...

credit to google..!

Marilah kita bersama-sama mengenangkan dan menghayati erti sebuah pengorbanan. Sejarah agung Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.

“Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama, dengannya, Nabi Ibrahim berkata:

“Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati aku dari orang yang sabar.
Maka apabila keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan mukanya di atas tompok tanah (untuk disembelih), ketika itu Kami (Allah) menyerunya: “Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu” – Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
“Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim,”

Satu pengajaran yang harus dicontohi sebagai hamba Allah. Berkorban apa saja tidak kira harta benda dan nyawa sekalipun semata-mata kerana Allah SWT.


Kadang-kadang berita-berita buruk yang selalu dan banyak dipaparkan di kaca tv sebenarnya hanyalah memberi kita ketakutan dan ancaman. Tetapi bila adanya bingkisan-bingkisan pengorbanan seperti ini dapat melahirkan satu rasa ketenangan dan perasaan syukur kepadaNya.


Ianya seperti pengorbanan ibubapa terhadap anak mereka yang sakit, pengorbanan anak terhadap ibubapanya, pengorbanan suami apabila isteri sakit dan macam-macam lagi jenis pengorbanan yang diredhaiNya yang dapat menyentuh hati kita supaya sentiasa bersyukur terhadap ketentuan serta nikmatNya. (Bingkisan yang dipaparkan di WHI pagi tadi sempena menyambut Aidiladha..)


Sedikit kata-kata yang sempat saya catatkan ialah...              
“bila kita mengambil kira kita sebagai hambaNya serta menerima segala ketentuanNya,
kita akan mampu mengharungi segala cabaran sekalipun lautan api sekalipun yang ada dihadapan,
kita akan tetap mampu untuk mengharunginya..”




salah satu artikel yang memberi kesan dihati [LINK]


Sedikit ayat dan peringatan penuh makna buat semua dan diri saya sendiri :)

Convocation Day 16th October 2012

Assalam,

Kenangan 4hari 3malam bersama kawan-kawan dan family di johor bahru adalah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sangat sedih, gembira, syukur, penat, dan yang paling penting feel untuk further study dan kembali hehehe. Punya la sangat ramai orang sampai xkesah suda panas, hujan, semua redah.. yang paling syok sampai hotel dah kul 1pagi.. dengan pengalaman sesatnya, huhu 

Masa bersama kawan-kawan pun terlalu singkat.. disebabkan sangat buzy, so jumpa just asalkan ada ja.. x puas langsung.. ingatkan masa konvo la nak jumpa kawan-kawan lama-lama skit. Rupanya semua planning semua x jadi.. huhu. 

edited by adam ahmad

Wif my parent

Friends

Classmate of accounting course 2008

in ceremony hall..





apapun, syukur sangat dengan nikmat kegembiraan dan keizinanNya dapat menghadiri majlis ni bersama kawan-kawan dan ibubapa sia.. hehe

thats all,
farah edora's convocation..




Kisah Iblis bertemu Rasulullah S.A.W

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."
Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."
Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"
Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."
Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..
Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."
Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "
Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."
"Siapa yang memaksamu? "
"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:
"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."
"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."
ORANG YANG DIBENCI IBLIS
Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"
Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."
"Siapa selanjutnya? "
"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."
"Lalu siapa lagi?"
"Orang Alim dan wara'"
" Lalu siapa lagi?"
"Orang yang selalu bersuci."
"Siapa lagi?"
"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."
"Apa tanda kesabarannya? "
" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."
"Selanjutnya apa?"
"Orang kaya yang bersyukur."
"Apa tanda kesyukurannya ?"
"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."
"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"
"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."
"Umar bin Khattab?"
"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "
"Usman bin Affan?"
"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."
"Ali bin Abi Thalib?"
" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)
AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS
"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"
"Aku merasa panas dingin dan gementar. "
"Kenapa?"
"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."
"Jika seorang umatku berpuasa?"
"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."
"Jika ia berhaji?"
"Aku seperti orang gila. "
"Jika ia membaca al-Quran?"
"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."
"Jika ia bersedekah?"
"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."
"Mengapa jadi begitu? "
"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."
"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"
"Suara kuda perang di jalan Allah."
"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"
"Taubat orang yang bertaubat."
"Apa yang dapat membakar hatimu?"
"Istighfar di waktu siang dan malam."
"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"
"Sedekah yang diam - diam. "
"Apa yang dapat menusuk matamu?"
"Solat fajar(subuh)."
"Apa yang dapat memukul kepalamu? "
"Solat berjamaah."
"Apa yang paling mengganggumu? "
"Majlis para ulama."
"Bagaimana cara makanmu?"
"Dengan tangan kiri dan jariku."
"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"
"Di bawah kuku manusia."
MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS
Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"
"Pemakan riba."
"Siapa sahabatmu?"
"Penzina."
"Siapa teman tidurmu?"
"Pemabuk.."
"Siapa tetamumu? "
"Pencuri."
"Siapa utusanmu?"
"Tukang sihir."
"Apa yang membuatmu gembira?"
"Bersumpah dengan cerai."
"Siapa kekasihmu? "
"Orang yang meninggalkan solat jumaat"
"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "
"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."
Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas
Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "
Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.
Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."
"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"
"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."
IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA
Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.
Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.
Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.
Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.
Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.
Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.
Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.
Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.
Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.
Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.
Cara Iblis Menggoda
Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?
Akulah makhluk pertama yang berdusta.
Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.
Tahukah kau Muhammad?
Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.
Sumpah dusta adalah kegemaranku.
Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.
Kesaksian palsu kegembiraanku.
Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.
Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.
Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',
Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.
Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.
Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.
Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.
Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.
Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.
Dan diapun semakin taat padaku.
Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'
Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.
Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu. Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?
10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH
"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"
"10 macam"
"Apa saja?"
Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.
Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.
Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.
Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.
Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.
Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.
Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.
Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.
Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.
Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)
Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.
Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.
Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.
Iblis berkata : "Wahai Muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."
Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.
Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.
Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.
Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.
Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.
Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)
Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)
Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."
sumber : http://sy.my/4fmg

Maru Oh Maru..


Si kucing bernama Maru yang comel dan sangat femous ni.. 
Maru: The Strangest Cat on the Internet

Tetiba rindu sama kucing-kucing di rumah.. hehe
Sapa yang x caya c Maru ni sangat comel? hehe ni gambar dia..

suka sangat dengan box. semua kucing pun suka box, cuba bagi box korang dengan kucing, confirm koyak. haha.. macam Maru ni napak kotak ja dia mau masuk.. hehe




cek sini http://sy.my/4fg2 semua pasal Maru.. 




Kemanisan Iman



Seseorang yang ingin merasai kemanisan iman hendaklah berusaha mengingatkan dua perkara serta melupakan dua perkara.

Ingatlah dua perkara,
1.      Kebaikan orang pada kita
2.      Kesalahan orang pada kita

Lupakan dua perkara,
1.      Kebaikan kita pada orang
2.      Kejahatan orang terhadap kita

Sayangnya, dalam kehidupan ini kita selalu bertindak songsang. Apa yang kita perlu ingat, kita lupakan. Apa yang perlu kita lupakan, kita ingat. Akibatnya, kemanisan iman semakin tawar dan hambar dalam kehidupan kita. Sampai ke tahap ada orang yang menafikan terus adanya kemanisan ini dalam kehidupan. Alhasil, manusia yang renggang dengan Allah akan renggan juga dengan sesama manusia. Dan akhirnya, tiada lagi kemanisan dalam hidup di dunia ini akibat langsung daripada tidak ada kemanisan dalam hati manusia.

Get a FREE drawing for people you CARE about

Send someone a smile today..

Malaysian artist Kopi Soh is volunteering herself to draw positive healing art.If you have someone who is ill, sad, feeling under the weather or a sick child, or perhaps you just feel they need a little smile...pm your request to the Stick it to Me page and Kopi Soh will draw a picture for you.




Kopi Soh draw pic for them..

click this to read for me http://sy.my/4ess