mypainting #2


She is my friend


mypainting #1



Saya suka melukis tp dak pandai.. ehehe..

Berhijrahlah kepada kebaikan :)

Berhijrah itu mempunyai 2 definisi iaitu :
Pertama, hijrah secara fizikal dari satu negeri ke negeri yang lain.
Kedua, hijrah dengan hati kerana Allah dan RasulNya, dari yang buruk kepada yang baik.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.   (Al-Baqarah , 218)



Jika kamu pernah terfikir untuk berubah ke arah kebaikan, mintalah petunjuk dari Allah. Dia maha mengetahui segala-galanya. Buat seseorang yang mahu berubah :

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 216)

Selamat bermujahadah - edora shhi

Lirik Lagu sempena Ramadhan hehe

Hijjaz - Ramadhan Bulan Berkat

Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama

Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa



Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...



Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa

Welcome Ramadhan

Bila bulan puasa sudah semakin hampir, perkara yang pertama sekali yang perlu kita buat ialah dengan memahami dan menghayati sesuatu tentang bulan yang istimewa ini untuk semua umat islam. selepas kita menghayatinya, barulah kita boleh melakukannya dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan, dengan niat kerana Allah swt.



Kepada semua yang membaca dan diri saya sendiri, banyakkan membaca tentang bulan ramadhan..


Persediaan sebelum ramadhan :
Pertama, dari segi ilmu - perkara yang berkait dengan puasa seperti syarat sah dan batal, rukun, sunat dan makhruh, adab dan akhlak berpuasa.
Kedua, dari segi kesihatan - seperti berpuasa sunat dan kurangkan makan.
Ketiga, dari segi kewangan - sebelum ramadhan datang, baiklah kita simpan sedikit duit untuk bersedekah kerana sedekah seringgit di luar ramadhan tidak sama nilainya dengan sedekah seringgit di bulan ramadhan.


Hadith tentang ramadhan yang perlu kita ingat dan untuk peringatan saya sendiri :
" Bulan ramadhan ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka " (riwayat Tabrani)

Dari Abu Hurairah, sabda Nabi " Barang siapa menghayati malam al-qadr dengan mengerjakan solat dan pelbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat dari Allah, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang lalu " ( riwayat Bukhari)

Semoga bermanfaat untuk semua dan saya sendiri - edora sshi

Penantian itu satu penyiksaan

Berada di rumah yang tidak ada 'sunway lagoon' memang sesuatu yang membuatkan aku sakit otak sikit..
So, kepada kawan-kawan yang jumpa aku selepas ini, kalau ada sesuatu yang pelik pada aku, maafkan daku.. mungkin kerana terlalu banyak duduk diam di rumah.

hahaha

persoalannya, bila mau dpt kerja?  huhh, memang satu penyiksaan. Masa study dulu, hari-hari menyibukkan diri dengan aktiviti bermanfaat dan  assignment yang bertimbun-timbun. tapi sekarang terlalu banyak masa yang kosong di rumah. hanya dengan membaca buku, beli stuff baru, melayari internet, dan apa-apa saja yang dilakukan diruma seorang diri memang mencabar diri.

mulai dari sekarang kena serius cari keja, keja apa-apa saja lah.. janji halal dan dapat gaji akhir bulan. haha..

with love,
edora sshi

Answer His call

Answer His call

Allah calling through Adhan

Iman Terhadap Takdir

Sumber : Buku 'Bila Allah Menduga Kita
Syed Alwi Alatas

sekadar gambar hiasan


sebuah cerita dan dialog yang dipetik dari buku ini..

Terdapat seorang pemuda yang mencari seorang guru agama, seorang ustaz atau siapa pun yang mampu menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya si pemuda bertemu seorang yang bijak lalu dia pun bertanya,

"Siapa tuan? Bolehkah tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?"
"Saya hamba Allah dan dengan izinNYA saya akan berusaha menjawab pertanyaan tuan." Jawab orang bijak itu.
"Tuan yakin? Bahkann profesor dan byak orang cerdik pandai tidak mampu menjawab pertanyaan saya."

"Saya punya 3 pertanyaan,
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya?
2. Apa yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan dicipta dari api kerana dimasukkan ke neraka yang juga dibuat dari api, tentu ianya tidak menyakitkan bagi syaitan, sebab keduanya memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidakberfikir sejauh itu?"

Tiba-tiba si bijak menampar pipi anak muda itu dengan keras. Pemuda itu tentu saja terkejut yang amat sangat.

"Kenapa anda marah pada saya." Tanyanya sambil memegang pipinya yang terasa sakit.
"Saya tidak marah, tamparan ini adalah jawapan saya untuk ketiga-tiga pertanyaan tuan." Jawab si bijak dengan tenang.
"Saya kurang faham." Si pemuda berasa hairan.

"Bagaimana rasanya tamparan saya?"
"Tentulah sakit"
"Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?"
"Tentu saja."
"Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu!"
"Saya tidak boleh."
"Itulah jawapan saya atas pertanyaan-pertanyaan tuan. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan, tanpa mampu melihat wujudNya"
"Apakah malam tadi tuan ada bermimpi akan menerima tamparan dari saya hari ini?" Tanya si bijak lagi.
"Tidak." Si pemuda menggeleng.
"Itulah yang dinamakan takdir"
"Dari apa tangan saya diciptakan yang saya gunakan untuk menampar tuan tadi?" Si bijak kembali bertanya.
"Dari kulit" Jawab si pemuda.
"Dari apa pula pipi tuan diciptakan?"
"Dari kulit juga."
"Bagaimana rasanya tamparan saya?"
"Sakit."
"Walaupun syaitan dan neraka sama-sama terbuat dari api, neraka tetap menjadi tempat yang menyakitkan bagi syaitan."

END

Japanese Cat, Maru


Assalamualaikum

sapa x kenal Maru. Penggemar dan pencinta haiwan mesti kenal sapa Maru. Maru ialah seekor kucing comel yang sangat FAMOUS di Youtube, dan kisahnya boleh di dapati dengan cuma taip 'Maru' di Google search.

first time tahu tentang Maru, exited nak tengok semua video Maru n ambil semua gambar-gambar Maru dlm site! hehehe
Maru yang sukakan kotak, hehe


[ fallingin love ]


Makud 'Maru' (japan) = 'Bulat' (Malay)
lahir pada 24 mei 2007, male Scottish Fold (Straight variety)
Pada Mei 2012 sahaja, bilangan pengunjung yang melihat Maru 158 juta kali views.
Video yang memaparkan Maru mempunyai purata sebanyak 100,000 veiws setiap 1 video dan tentangnya kerap disebut dalam media cetak dan televisyen yang membincangkan selebriti internet. OMG!
His owner, who post video under account name 'mugumogu'


Can i pass through this hole?
Wow, this hole is too small for my body!
Just Wait! I know that paper is torn.

Happy Birthday 5th, Maru

Thank You *Innocent boy

im ready. Lets go!
bye! im leave.



Luasnya Keampunan Allah

 Asssalamualaikum 


Allah sayang kita. Apa buktinya ?
ini buktinya.. Besarnya kasih sayang-Nya pada kita.


Anas r.a berkata "Saya mendengar Rasulullah bersabda,

'Wahai anak adam, selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku,
pasti Aku ampuni segala dosamu yang telah lalu dan Aku tidak pedulikannya lagi.

Wahai anak adam, jika dosamu membumbung setinggi langit lalu engkau minta ampunan-Ku,
pasti Aku ampuni. 

Wahai anak adam, sekiranya engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan sepenuh bumi,
kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan Aku sedikit pun,
pasti Aku mendatangimu dengan ampunan sepenuh bumi pula."

- Hadis hasan sahih diriwayatkan oleh Tirmizi



dalam sebuah hadis riwayat muslim, disebutkan bahawa

Jika kita menghampiri Allah sejengkal,
Allah akan mendekati kita sehasta.

Jika kita menghampiri Allah sehasta,
Allah akan mendekati kita sedepa.

Jika kita datang kepada Allah dengan berjalan,
Allah akan datang kepada kita dengan berlari.
Apa lagi keraguan kita pada Allah? terlalu besar nikmat kasih sayang-Nya. 

 ALLAH !

Last picture
Last Semester
Last day
Last paperrr...



^__^

Sebak : Keindahan Ayat Allah dalam Quran

Surah Al-Isra' : Ayat ke 82 hingga 85

82- Dan Kami turunkan Al-Qur'an (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Qur'an itu) hanya akan menambah kerugian.

83- Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia, niscaya dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan, niscaya dia berputus asa.

84- Katakanlah (Muhammad), "Setiap orang berbuat sesuai dengan pembawaannya masing-masing." Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.

85- Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang ruh. Katakanlah, "Ruh itu termasuk urusan Tuhanku, sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit."

Siapa kita, wahai manusia?


Siapa kita?
Dari manakah kita?
Kepada siapa kita akan dikembalikan?

Kita tidak diciptakan begitu sahaja tanpa tujuan tanpa sebab.
Tidak juga kita dibiarkan hidup melata dimuka bumi tanpa ada Pencipta yang memerhati.
Yang melengkapkan kita dengan nikmatnya dan bumi dengan keindahan alam.

Fitrah manusia perlukan tuhan, perlukan agama dan aturan hidup.
Pencipta kita telah memberikan panduan kepada kita dalam setiap apa yang kita lakukan.
Dijadikan manusia sebagai pengganti (Khalifah) dibumi yang mana sebelumnya ada makhluk lain yang diciptaNya.
Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui (2:30)

Nanti pengakhiran kita akan kembali padaNya
Setelah kita lupakanNya ataupun kita selalu ingat padaNya.
Tapi pengakhiran kita tetap akan kembali jua kepadaNya.