Info Ulser Mulut

Assalam, pernahkah anda terkena radang sakit ini?! Satu tompokan putih yang berada didalam mulut dan ia menyakitkan bahagian mulut anda. (serius. rasa macam mau demam.) tompokan ini yang dinamakan ulser mulut. Info baru yang saya dapat tahu dari sini dan sini, ulser mulut ni merupakan sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Selain bahagian dalam pipi, lidah juga boleh dijangkiti ulser. Rasa sakit akibat ulser ini menyebabkan anda berasa hilang selera makan atau minum minuman panas. Ia juga menyukarkan pertuturan anda.

Tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus menyebabkan berlakunya ulser mulut. Ianya boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Selain daripada jangkitan bakteria, virus atau fungus, ulser juga boleh terjadi akibat dari kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai ortondik dan sebagainya.

Kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur, keadaan mulut yang kotor juga turut boleh menyumbang ke arah penyakit ulser mulut.

Cara yang paling baik menghindarkan daripada terkena ulser mulut ialah :

  1. Banyak minum air suam
  2. Berehat dan tidur dengan cukup
  3. Amalkan tabiat menjaga kebersihan mulut dan gigi supaya ia berada dalam keadaan baik
  4. Mengambil makanan yang berkhasiat. Pastikan vitamin B12 dan C cukup diambil
Jika ulser mulut tidak sembuh, anda hendaklah berjumpa dengan doktor gigi denga segera. Ini kerana ulser mulut yang lambat sembuh mungkin petanda awal barah mulut.

Petua untuk mengubati ulser mulut :
  1. Tekap tempat tu dengan asam keping atau asam gelugur
  2. Kumur dengan air suam + garam
  3. Letak Bonjela
  4. ubat yang selalu saya gunakan 'Oral Aid Lotion', boleh didapatkan di mana-mana farmasi atau klinik k..
Oral Aid Losyen Liquid ( ubat ulser mulut)

Apa yang best ?
Kebaskan bahagian mulut yang kita letakkan ubat cecair kat ulser tu.
Ia dapat mengurangkan kesakitan dan merawat ulser.
Ubat jenis ne lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana.
ini cara untuk mengubati, tapi cegah lebih baik dri mengubati kan. hehe

Peluang bagi pelajar yang gagal ke IPTA

Assalam..

saya baru je tadi siang dari pogram seminar "Jom Masuk Universiti" di St Patrick Tawau, Sabah. Ingatkan seminar apa tadi.. dengan blur nya, ikut ja lah rentak program dan cuba memahami apa yang disampaikan oleh Mr Sam.. jangan salah faham tau, ni bukan karnival jom masuk u yang di anjurkan oleh IPTA tu.. saya pun dah salah anggap dah. hehe. sebab tu lah, masuk ja seminar tu, blur sudah. entah. hehe

Ingatkan dia nak cerita pasal IPTA, rupanya sebuah kolej francais (kerjasama) dengan beberapa universiti di UK. FTMS global College, tapi not bad.. (macam biasa lah klu nak pegi IPT mana-mana pun, kena tengok ada MQA ke tak, ada kualiti ke tak) apapun, sebelum pilih tempat tu, istikarah la dulu, mintak petunjuk pada Allah, yang mana yang terbaik untuk kita kan..

panjang nak ber cehritah ne.. alamak, bukan promoter okeh!
bagi SPM - ambik foundation six month dahulu baru ke Degree
bagi STPM - tak pasti kena ambil foundation dulu ka atau terus ke degree 3 years
bagi lepaan DIPLOMA - terus ke Degree 2 years sahaja.

Degree of U.K, antaranya ialah:

  • Universiti of East London (U.K) Degree (Bsc hons business information system & software Engineering)
  • Anglia Ruskin University (U.K) Degree (Bsc hons accounting and finance, business management, international management, marketing & human resource management)
  • Leeds Metropolitan University (U.K) Degree (Bsc hons computing, project management, hospitality leadership & management
selanjutnya, laman web dia ni http://www.ftms.edu.my


beruntung la klu lepas spm atau stpm, boleh terus ke degree dengan 6 month foundation shj.. kami ni dah abis diploma 3 years bru nak gi degree.. rs mcm nak keja dah mau pegang duit.. hehe takpalah, kita merancang ja, Allah pun ada perancangan tuk kita jgk ;) so... jangan putus asa kalau gagal sekali, tidak bermakna tiada jalan lain.. semangat dah datang bila pikir sal study lagi tapi bila pikir keja.. nak keja la plak.. hehe nak intip skit peluang pengajian jarak jauh (pjj).. huhu ok lahhh.

tu saja, bai-bai
asalam..