Ketenangan kerana kekhusyukan ^^

Lamanya x buat entri.. entri la sangat,, Tulis sikit pun jadilah. Rindu mahu berkongsi perkara kebaikan dan kabar gembira. " Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat" (Riwayat Muslim) yang menjadi penguat hati untuk terus berkongsi ilmu bermanfaat untuk sesiapa sahaja hamba-Nya.



Dalam kesibukan berkerja, mencuri sedikit masa untuk memberi ketenangan pada hati. Kadang rasa kenapa hati rasa susah sangat mahu terima kebaikan, kenapa senang sangat buat sesuatu yang Allah tak suka. Mungkin juga disebabkan solat yang hanya solat, asalkan solat. Takut pada Allah tapi hakikatnya masih memandang ringan soal takutkan Allah. 

Mencari ayat atau penulisan yang memberi kesan pada hati tentang 'khusyuk' dalam solat. Antara sebelum, semasa dan selepas solat yang perlu dijaga untuk mendapatkan khusyuk dalam solat. 

Sebelum solat, ingatlah bahawa Allah Maha Dekat dengan diri kita, sentiasa menyaksikan setiap apa yang kita lakukan sehingga timbul rasa malu padaNya. Selain itu, pengetahuan tentang Allah Maha sempurna dan Maha Indah dan terasa rindu bertemu serta melihatNya. Pengetahuan tentang pedihnya balasan dan siksa Allah, mempunyai rasa takut kepada Allah. Kerana faktor-faktor ini memberi pengaruh khusyuk semasa sedang solat. 

Semasa solat, pentingnya memahami makna-makna dalam bacaan untuk setiap pergerakan solat. Penghayatan solat tanpa memahami maknanya tidak seperti indahnya penghayatan solat dengan memahami makna dalam setiap bacaan.
Selepas solat, ikhlasnya berdoa mohon dan meminta pertolongan Allah serta zikir. 

Sedikit perkongsian dalam kesempatan yang ada. semoga bermanfaat.
Sumber : Buku "Keajaiban Khusyuk dalam Solat", Synergy Media

(^^,)V

Auditing time

Assalamualaikum ^^*

Jgn mengeluh ples.
walaupun sakit lengan da ni 2hari bt cross-check diorang punya master fail yg berat-berat :(

satu keja hampir siap! 

Kawanku, bersabarlah dengan ujian

Alhamdulillah hari ni Allah masih pinjamkan nikmat sihat ^^ dan alhamdulillah masih lagi diberi nikmat terbesar dalam hidup iaitu nikmat Islam, Iman dan Ihsan. Tidak ramai manusia yang Allah pilih utk merasakan nikmat Islam, Iman dan Ihsan ni. semoga terus berada di jalan lurus dan jalan hidayah.


Wanita yang belum berkahwin menjadi takut dengan kehidupan selepas kahwin. Mendengar masalah dalam kehidupan kawan yang sudah berkahwin dan ada yang melaluinya dalam keluarga sendiri. Jangan takut kerana islam ada panduan memilih pasangan hidup.

Sebab terlalu memikirkan seorang kawan lama yang Allah uji dia dengan kepayahan selepas 2,3 hari mendirikan rumah tangga, ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh suaminya. Kehidupan ini tidak seindah yang diharapkan. Terlintas untuk menulis sedikit sebanyak mengenainya dan sangat berharap dapat membantunya saat ini supaya lebih tabah menghadapi ujian^^ Saya yakin wanita seperti dia adalah wanita yang sangat tabah, MasyaAllah. 2tahun bergelut dengan ujian berumah tangga, membesarkan 2orang anak dan suaminya hanya datang saat dia perlu, melepaskan marah dengan menyakiti isterinya, menyekat kebebasan isterinya dengan cara yang tidak betul. Wanita seharusnya dijaga dan dilindungi, dihormati dan belas kasihan bukan sebaliknya. Inilah cara islam yang sangat menjaga maruah wanita. Bukan niat membuka aib rumah tangganya tapi untuk kita jadikan pengajaran, membantu kaum hawa ini dengan semangat dan sokongan.

Kawanku bersabarlah dan buatlah keputusan yang sebaiknya. Semua ini adalah ujian dunia yang tidak pernah akan putus. Ujian dan hikmah itu rahsia Allah. Senyumlah dengan semua kata-kata Allah :

Firman Allah, Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya (Baqarah : 286)

iluvislam : Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Basahkan matamu dengan berdoa pada Allah selepas solatmu dan dekatkan dirimu pada Allah. Kadang ujian itu Allah beri kerana mahu kita dekatkan diri denganNya, sama maksudnya kerana Allah sayangkan kita. Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Pentingnya bersahabat kerana kita tidak mungkin dapat hidup berseorangan <3