Kesilapan
Assalamualaikum saudara saudari sedunia ツ
kata-kata yang ringkas kadangnya lebih memberi kesan daripada kata yang panjang berjela. kata yang mudah difahami dan lebih menyentuh hati. especially untuk diri saya sendiri yang selalu buat silap ni dan sentiasa ingin membetukkan kesilapan. hari-hari penuh dengan kerja-kerja-kerja, dihujani dengan fail-fail dan kotak-kotak client yang sd siap di bookkeepingkan. moga Allah pelihara dari sifat mengeluh ;))
Bukan mudah mahu istiqamah dalam bermujahadah (usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai redha Allah) untuk menjadi semakin baik.
Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMu. hadis riwayat muslim
sweet confection :
-wassalam-
Ketenangan kerana kekhusyukan ^^
Lamanya x buat entri.. entri la sangat,, Tulis sikit pun jadilah. Rindu mahu berkongsi perkara kebaikan dan kabar gembira. " Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat" (Riwayat Muslim) yang menjadi penguat hati untuk terus berkongsi ilmu bermanfaat untuk sesiapa sahaja hamba-Nya.
Dalam kesibukan berkerja, mencuri sedikit masa untuk memberi ketenangan pada hati. Kadang rasa kenapa hati rasa susah sangat mahu terima kebaikan, kenapa senang sangat buat sesuatu yang Allah tak suka. Mungkin juga disebabkan solat yang hanya solat, asalkan solat. Takut pada Allah tapi hakikatnya masih memandang ringan soal takutkan Allah.
Mencari ayat atau penulisan yang memberi kesan pada hati tentang 'khusyuk' dalam solat. Antara sebelum, semasa dan selepas solat yang perlu dijaga untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
Sebelum solat, ingatlah bahawa Allah Maha Dekat dengan diri kita, sentiasa menyaksikan setiap apa yang kita lakukan sehingga timbul rasa malu padaNya. Selain itu, pengetahuan tentang Allah Maha sempurna dan Maha Indah dan terasa rindu bertemu serta melihatNya. Pengetahuan tentang pedihnya balasan dan siksa Allah, mempunyai rasa takut kepada Allah. Kerana faktor-faktor ini memberi pengaruh khusyuk semasa sedang solat.
Semasa solat, pentingnya memahami makna-makna dalam bacaan untuk setiap pergerakan solat. Penghayatan solat tanpa memahami maknanya tidak seperti indahnya penghayatan solat dengan memahami makna dalam setiap bacaan.
Selepas solat, ikhlasnya berdoa mohon dan meminta pertolongan Allah serta zikir.
Sedikit perkongsian dalam kesempatan yang ada. semoga bermanfaat.
Sumber : Buku "Keajaiban Khusyuk dalam Solat", Synergy Media
Sumber : Buku "Keajaiban Khusyuk dalam Solat", Synergy Media
(^^,)V
Subscribe to:
Comments (Atom)
