Setiap saat adalah peluang

"Sudah, saya tidak mahu terleka lagi. please la dunia, pergi la jauh-jauh. jangan kau buai aku dengan kesenangan hidup yang bebas, dengan suasana yang tidak baik lagi. Sedarlah wahai diri, hamba Nya yang jauh dari Nya. Malulah pada Nya kerana diri ini sudah jauh dari Nya. Malu la kerana diri ini tidak berusaha menjaga cinta Nya"

ya, setiap detik itu adalah peluang. Satu detik yang kita habiskan dengan sia-sia, tapi Dia memberi peluang satu detik baru kepada kita. Berjuta detik sudah kita habiskan begitu saja kan, tapi dia masih beri kita peluang dengan berjuta lagi detik untuk kita baiki kesilapan. Sayangnya, berjuta peluang yang dia berikan kita masih lagi tidak menggunakannya dengan sebaiknya. 

DIA memberi kita peluang supaya kita tidak melakukan dan dia sentiasa memberi, tanpa kita menyedari sebenarnya kan. Subhanallah... besarnya nikmat kurniaanNya, begitu hebatnya Dia menyanyangi hamba Nya. Belum termasuk nikmat-nikmat lain yang kita gunakan. Bilakah harusnya perlu rasa syukur. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas peluang ini, atas segalanya...

Ringkas saja ayat ini, "wal 'asr, innal insana la fi hus, illal lazi na amanu wa'amilus solihati watawasau bilhaq, watawasau bissobr" Demi Masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar )

Semoga setiap peluang yang diberi oleh Nya kita gunakan ikhlas kerana Nya. Setiap saat yang kita lalui mendapat redhaNya. Setakat membuat sedikit perkongsian yang tidak seberapa ini dengan harapan mendapat sedikit ganjaran daripada Nya disana nanti, di tempat yang kekal abadi.
InsyaAllah dengan izin Nya.
<3

No comments: