Salam Aidiladha semua...

credit to google..!
![]() |
credit to google..! |
Marilah kita bersama-sama mengenangkan dan menghayati erti
sebuah pengorbanan. Sejarah agung Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.
“Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama, dengannya, Nabi Ibrahim berkata:
“Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati aku dari orang yang sabar.
Maka apabila keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan mukanya di atas tompok tanah (untuk disembelih), ketika itu Kami (Allah) menyerunya: “Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu” – Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
“Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim,”
Satu pengajaran yang harus dicontohi sebagai hamba Allah.
Berkorban apa saja tidak kira harta benda dan nyawa sekalipun semata-mata
kerana Allah SWT.
Kadang-kadang berita-berita buruk yang selalu dan banyak
dipaparkan di kaca tv sebenarnya hanyalah memberi kita ketakutan dan ancaman.
Tetapi bila adanya bingkisan-bingkisan pengorbanan seperti ini dapat melahirkan
satu rasa ketenangan dan perasaan syukur kepadaNya.
Ianya seperti
pengorbanan ibubapa terhadap anak mereka yang sakit, pengorbanan anak terhadap
ibubapanya, pengorbanan suami apabila isteri sakit dan macam-macam lagi jenis
pengorbanan yang diredhaiNya yang dapat menyentuh hati kita supaya sentiasa
bersyukur terhadap ketentuan serta nikmatNya. (Bingkisan yang dipaparkan di WHI
pagi tadi sempena menyambut Aidiladha..)
Sedikit kata-kata yang sempat saya catatkan ialah...
“bila
kita mengambil kira kita sebagai hambaNya serta menerima segala ketentuanNya,
kita akan mampu mengharungi segala cabaran sekalipun
lautan api sekalipun yang ada dihadapan,
kita akan tetap mampu untuk
mengharunginya..”


No comments:
Post a Comment