“Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui”

Kultum sahaja. apa tu? bendanya ialah "Kuliah Tujuh Minit" hehe boleh jugak buat Kultenm, maksudnya " Kuliah Ten minit" haha. apa-apa saja lah. Yang penting kita dapat pahala, cuma baca, fikir dan aplikasikannya..

Tajuk entri ini ialah berdasarkan ayat Kitab suci Quran. [ Quran Surah ke-2 : ayat ke 216 ]
memang betul kan, kebanyakan apa yang kita suka itu sebenarnya tidak baik untuk kita, dan yang kita benci itu ataupun kita tidak suka untuk melakukannya itu baik untuk kita. Wallahu alam.. Allah sahaja yang lebih mengetahuinya.

Contoh yang lebih dekat dengan kita atau saya sendiri : tutup aurat, solat, kerja yang halal, makanan dan minuman yang halal, suasana tempat yang kita nak tuju tu tempat yang baik bukan tempat maksiat, yang best lagi...coupel lepas kawen. haha dan banyak lagi sebenarnya.

Mungkin iyanya agak leceh kan, orang akan kata kita ni ustazah/ ustaz? helo..  ustazah/ ustaz sahaja ka perlu baik ataupun lebih best lagi masuk syurga. ha? so kita macamana, saya pun mahu join the club ok. hehe

Jadi, cakap senang, buat tu yang susah kan. tu lah masalah nya. saya pun paham tu hehe. yala, kita pun mahu jadi baik tapi ia bukan sesuatu yang mudah bagi kita.

Adalah lebih baik bagi kita untuk memahaminya terlebih dahulu sebelum melakukannya. Bila hati kita dah ikhlas, maka senanglah untuk kita melakukan perubahan. bagaimana untuk memahaminya, tingkatkan ilmu dalam hal tu samaada melalui bahan bacaan, internet atau bertanya kepada mereka lebih yang tahu seperti ustazah/ustaz kita. Contohnya, kenapa perlu tutup aurat? so tingkatkan ilmu kita tentang aurat, mengapa islam wajibkan menutup aurat, apa hikmahnya, apa dalilnya dan byk lagi.


No comments: