Info Ulser Mulut

Assalam, pernahkah anda terkena radang sakit ini?! Satu tompokan putih yang berada didalam mulut dan ia menyakitkan bahagian mulut anda. (serius. rasa macam mau demam.) tompokan ini yang dinamakan ulser mulut. Info baru yang saya dapat tahu dari sini dan sini, ulser mulut ni merupakan sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Selain bahagian dalam pipi, lidah juga boleh dijangkiti ulser. Rasa sakit akibat ulser ini menyebabkan anda berasa hilang selera makan atau minum minuman panas. Ia juga menyukarkan pertuturan anda.

Tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus menyebabkan berlakunya ulser mulut. Ianya boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Selain daripada jangkitan bakteria, virus atau fungus, ulser juga boleh terjadi akibat dari kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai ortondik dan sebagainya.

Kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur, keadaan mulut yang kotor juga turut boleh menyumbang ke arah penyakit ulser mulut.

Cara yang paling baik menghindarkan daripada terkena ulser mulut ialah :

  1. Banyak minum air suam
  2. Berehat dan tidur dengan cukup
  3. Amalkan tabiat menjaga kebersihan mulut dan gigi supaya ia berada dalam keadaan baik
  4. Mengambil makanan yang berkhasiat. Pastikan vitamin B12 dan C cukup diambil
Jika ulser mulut tidak sembuh, anda hendaklah berjumpa dengan doktor gigi denga segera. Ini kerana ulser mulut yang lambat sembuh mungkin petanda awal barah mulut.

Petua untuk mengubati ulser mulut :
  1. Tekap tempat tu dengan asam keping atau asam gelugur
  2. Kumur dengan air suam + garam
  3. Letak Bonjela
  4. ubat yang selalu saya gunakan 'Oral Aid Lotion', boleh didapatkan di mana-mana farmasi atau klinik k..
Oral Aid Losyen Liquid ( ubat ulser mulut)

Apa yang best ?
Kebaskan bahagian mulut yang kita letakkan ubat cecair kat ulser tu.
Ia dapat mengurangkan kesakitan dan merawat ulser.
Ubat jenis ne lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana.
ini cara untuk mengubati, tapi cegah lebih baik dri mengubati kan. hehe

No comments: