Kawanku, bersabarlah dengan ujian

Alhamdulillah hari ni Allah masih pinjamkan nikmat sihat ^^ dan alhamdulillah masih lagi diberi nikmat terbesar dalam hidup iaitu nikmat Islam, Iman dan Ihsan. Tidak ramai manusia yang Allah pilih utk merasakan nikmat Islam, Iman dan Ihsan ni. semoga terus berada di jalan lurus dan jalan hidayah.


Wanita yang belum berkahwin menjadi takut dengan kehidupan selepas kahwin. Mendengar masalah dalam kehidupan kawan yang sudah berkahwin dan ada yang melaluinya dalam keluarga sendiri. Jangan takut kerana islam ada panduan memilih pasangan hidup.

Sebab terlalu memikirkan seorang kawan lama yang Allah uji dia dengan kepayahan selepas 2,3 hari mendirikan rumah tangga, ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh suaminya. Kehidupan ini tidak seindah yang diharapkan. Terlintas untuk menulis sedikit sebanyak mengenainya dan sangat berharap dapat membantunya saat ini supaya lebih tabah menghadapi ujian^^ Saya yakin wanita seperti dia adalah wanita yang sangat tabah, MasyaAllah. 2tahun bergelut dengan ujian berumah tangga, membesarkan 2orang anak dan suaminya hanya datang saat dia perlu, melepaskan marah dengan menyakiti isterinya, menyekat kebebasan isterinya dengan cara yang tidak betul. Wanita seharusnya dijaga dan dilindungi, dihormati dan belas kasihan bukan sebaliknya. Inilah cara islam yang sangat menjaga maruah wanita. Bukan niat membuka aib rumah tangganya tapi untuk kita jadikan pengajaran, membantu kaum hawa ini dengan semangat dan sokongan.

Kawanku bersabarlah dan buatlah keputusan yang sebaiknya. Semua ini adalah ujian dunia yang tidak pernah akan putus. Ujian dan hikmah itu rahsia Allah. Senyumlah dengan semua kata-kata Allah :

Firman Allah, Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya (Baqarah : 286)

iluvislam : Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Basahkan matamu dengan berdoa pada Allah selepas solatmu dan dekatkan dirimu pada Allah. Kadang ujian itu Allah beri kerana mahu kita dekatkan diri denganNya, sama maksudnya kerana Allah sayangkan kita. Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Pentingnya bersahabat kerana kita tidak mungkin dapat hidup berseorangan <3

No comments: