Berhijrahlah kepada kebaikan :)

Berhijrah itu mempunyai 2 definisi iaitu :
Pertama, hijrah secara fizikal dari satu negeri ke negeri yang lain.
Kedua, hijrah dengan hati kerana Allah dan RasulNya, dari yang buruk kepada yang baik.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.   (Al-Baqarah , 218)



Jika kamu pernah terfikir untuk berubah ke arah kebaikan, mintalah petunjuk dari Allah. Dia maha mengetahui segala-galanya. Buat seseorang yang mahu berubah :

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 216)

Selamat bermujahadah - edora shhi

No comments: