Iman Terhadap Takdir

Sumber : Buku 'Bila Allah Menduga Kita
Syed Alwi Alatas

sekadar gambar hiasan


sebuah cerita dan dialog yang dipetik dari buku ini..

Terdapat seorang pemuda yang mencari seorang guru agama, seorang ustaz atau siapa pun yang mampu menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya si pemuda bertemu seorang yang bijak lalu dia pun bertanya,

"Siapa tuan? Bolehkah tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?"
"Saya hamba Allah dan dengan izinNYA saya akan berusaha menjawab pertanyaan tuan." Jawab orang bijak itu.
"Tuan yakin? Bahkann profesor dan byak orang cerdik pandai tidak mampu menjawab pertanyaan saya."

"Saya punya 3 pertanyaan,
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya?
2. Apa yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan dicipta dari api kerana dimasukkan ke neraka yang juga dibuat dari api, tentu ianya tidak menyakitkan bagi syaitan, sebab keduanya memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidakberfikir sejauh itu?"

Tiba-tiba si bijak menampar pipi anak muda itu dengan keras. Pemuda itu tentu saja terkejut yang amat sangat.

"Kenapa anda marah pada saya." Tanyanya sambil memegang pipinya yang terasa sakit.
"Saya tidak marah, tamparan ini adalah jawapan saya untuk ketiga-tiga pertanyaan tuan." Jawab si bijak dengan tenang.
"Saya kurang faham." Si pemuda berasa hairan.

"Bagaimana rasanya tamparan saya?"
"Tentulah sakit"
"Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?"
"Tentu saja."
"Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu!"
"Saya tidak boleh."
"Itulah jawapan saya atas pertanyaan-pertanyaan tuan. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan, tanpa mampu melihat wujudNya"
"Apakah malam tadi tuan ada bermimpi akan menerima tamparan dari saya hari ini?" Tanya si bijak lagi.
"Tidak." Si pemuda menggeleng.
"Itulah yang dinamakan takdir"
"Dari apa tangan saya diciptakan yang saya gunakan untuk menampar tuan tadi?" Si bijak kembali bertanya.
"Dari kulit" Jawab si pemuda.
"Dari apa pula pipi tuan diciptakan?"
"Dari kulit juga."
"Bagaimana rasanya tamparan saya?"
"Sakit."
"Walaupun syaitan dan neraka sama-sama terbuat dari api, neraka tetap menjadi tempat yang menyakitkan bagi syaitan."

END

No comments: