Welcome Ramadhan

Bila bulan puasa sudah semakin hampir, perkara yang pertama sekali yang perlu kita buat ialah dengan memahami dan menghayati sesuatu tentang bulan yang istimewa ini untuk semua umat islam. selepas kita menghayatinya, barulah kita boleh melakukannya dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan, dengan niat kerana Allah swt.



Kepada semua yang membaca dan diri saya sendiri, banyakkan membaca tentang bulan ramadhan..


Persediaan sebelum ramadhan :
Pertama, dari segi ilmu - perkara yang berkait dengan puasa seperti syarat sah dan batal, rukun, sunat dan makhruh, adab dan akhlak berpuasa.
Kedua, dari segi kesihatan - seperti berpuasa sunat dan kurangkan makan.
Ketiga, dari segi kewangan - sebelum ramadhan datang, baiklah kita simpan sedikit duit untuk bersedekah kerana sedekah seringgit di luar ramadhan tidak sama nilainya dengan sedekah seringgit di bulan ramadhan.


Hadith tentang ramadhan yang perlu kita ingat dan untuk peringatan saya sendiri :
" Bulan ramadhan ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka " (riwayat Tabrani)

Dari Abu Hurairah, sabda Nabi " Barang siapa menghayati malam al-qadr dengan mengerjakan solat dan pelbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat dari Allah, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang lalu " ( riwayat Bukhari)

Semoga bermanfaat untuk semua dan saya sendiri - edora sshi

No comments: